Bahasa Cina atau
Bahasa Han (
Cina Tradisional: 漢語,
Cina Ringkas: 汉语,
pinyin: Hànyǔ;
Cina Tradisional: 華語,
Cina Ringkas: 华语,
pinyin: Huáyǔ; atau 中文,
pinyin: Zhōngwén) merupakan bahasa
bangsa Han yang membentuk sebahagian keluarga bahasa
Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda.Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian dalamannya yang meluas. Variasi mengikut kawasan di antara variasi atau
dialek yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa
Romance (keturunan
bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 6-12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi), yang mana bahasa
Mandarin, Wu (
Shanghai) dan
Kantonis paling ramai penuturnya. Pengenalpastian variasi-variasi bahasa Cina ini sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan pertikaian.Sebutan Bahasa Cina yang
baku berasaskan dialek
Beijing, daripada golongan
Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin Baku merupakan bahasa rasmi
Republik Rakyat China dan
Republik China di
Taiwan, serta salah satu bahasa rasmi
Singapura (bersama bahasa
Inggeris,
Melayu, dan
Tamil). Bahasa Cina—secara tepatnya, bahasa Mandarin baku—merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (bersama bahasa
Inggeris,
Arab,
Perancis,
Rusia, dan
Sepanyol). Bahasa Cina yang ditutur dalam bentuk dialek
Kantonis pula merupakan bahasa rasmi
Hong Kong (bersama
bahasa Inggeris) dan
Macau (bersama
bahasa Portugal).